Saturday, May 5, 2012

Menjana Pembangunan Harta Intelek Masyarakat


ANDA BOLEH DIDAKWA DIBAWAH AKTA 114A SEKIRANYA MENULIS KOMEN
 YANG MELANGGAR 
UNDANG-UNDANG NEGARA




Harta Intelek merupakan suatu bentuk harta yang mampu menyumbang peluang perniagaan,peluang pekerjaan serta pembangunan sains serta teknologi.Peluang seperti ini hanya akan mampu dikecapi oleh individu yang kreatif samada perekacipta,perekabentuk,penulis,pelukis,penyanyi atau usahawan yang mahu memperluaskan perniagaan mereka.Myipo atau perbadanan harta intelek Malaysia merupakan badan di bawah Kementerian Hal Ehwal Pengguna adalah badan yang mendaftarkan harta intelak samada kepada rakyat Malaysia atau rakyat asing bertujuan melindungi Harta Intelek individu.. Antara bentuk  Harta Intelek adalah seperti berikut.

  1. Paten ( Akta Paten 1983 ) - Suatu Rekacipta melibatkan langkah-langkah merekacipta dan boleh digunakan dalam industri.
  2.    Cap Dagangan atau "Trademark". ( Akta Cap dagangan 1976 ) - Suatu logo atau jenama untuk mudah diingati oleh masyarakat serta jenis produk cap dagangan tersebut.
  3. Reka Bentuk Perindustrian ( Akta  Reka Bentuk Perindustrian 1996  ) - ialah ciri Bentuk, Tatarajah, Corak atau Hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang ada pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata.
  4.  Hakcipta ( Akta Hakcipta 1987 ) - Memperuntukkan perlindungan untuk karya-karya berhakcipta.
  5. Petunjuk Geografi ( Akta Petunjuk Geografi 20000 - memperuntukkan perlindungan ke atas barangan yang memberi indikasi dari mana barangan itu berasal, di mana kualit, reputasi atau lain-lain ciri barangan  tersebut dikaitkan dengan tempat asal barangan tersebut dikeluarkan.
  6.    Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu ( Akta  Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu  2000 )  - Memberi perlindungan kepada reka bentuk susun atur litar yang berdasarkan prinsip asli dan hasi rekacipta pencipta. 

MAKLUMAN : Artikel ini adalah maklumat asas penulis dan tidak bermaksud sebagai ganti kepada dokumen atau khidmat nasihat perundangan professional.

Vedio Berkenaan Harta Intelek Boleh dicagarkan di Bank.
Rakaman vedio ini dibuat melalui siaran Buletin Utama TV3 pada 29 November 2012